| Struktur Organisasi |
|
|
|
| Ditulis oleh Administrator |
| Jumaat, 16 Januari 2009 05:14 |
![]() Pengurusan harian PKPS dikendalikan oleh Pengurus Besar Kumpulan PKPS dan dibantu oleh Pegawai Peringkat Pengurusan Tertinggi yang diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan dibawah sektor Pembangunan Perniagaan dan diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan dibawah sektor Perkhidmatan Korporat serta dibantu oleh sekumpulan pengurusan kanan yang mengetuai bahagian-bahagian iaitu bahagian Pentadbiran, Komunikasi & Perhubungan Awam, Bahagian Kewangan, Bahagian Kesetiausahaan & Perundangan, Bahagian Ameniti Sosial, Bahagian Perancangan Perniagaan, Bahagian Kawalan Operasi Syarikat, Bahgaian Pemasaran, Penyelidikan & Pembangunan, Bahagian Audit Dalam dan Bahagian Unit Hartanah.
Secara ringkas fungsi-fungsi setiap Bahagian / Jabatan di PKPS adalah seperti berikut:-
> Bahagian Pentadbiran , Komunikasi & Perhubungan AwamBahagian ini dibawah sektor Perkhidmatan Korporat bertanggungjawab secara terus di dalam hal ehwal mengurus dan mengawal keseluruhan perjalanan sistem pentadbiran pejabat, pembelian, perolehan, perjawatan & perkhidmatan,latihan dan hal-hal berkaitan percetakan.
Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Bahagian Pentadbiran Perhubungan Awam, Komunikasi & Sumber Manusia digerakkan oleh tiga (3) unit kecil:- 1. Unit Pentadbiran & Sumber Manusia
2. Unit Teknologi Maklumat 2. Unit Komunikasi > Bahagian KewanganBahagian ini dibawah sektor Perkhidmatan Korporat bertanggungjawab secara terus di dalam hal ehwal pengurusan kewangan PKPS dan Anak syarikat iaitu melibatkan penyediaan akaun bulanan, menyedia dan membuat kawalan kewangan, serta bertanggungjawab di dalam menguruskan dan mencari sumber-sumber kewangan untuk pembiayaan projek dan pelaburan.
Di samping itu bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan dan menyelaras Anggaran Belanjawan Tahunan PKPS dan Anak-Anak Syarikat.
Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Bahagian Kewangan digerakkan oleh dua (2) unit kecil:-
1. Unit Perakaunan
2. Unit Belanjawan & Kawalan Kewangan > Bahagian Ameniti SosialBahagian ini dibawah sektor Perkhidmatan Korporat bertanggungjawab mengurus & menyelaras aktiviti pembangunan sosial & luar bandar bagi menyokong aktiviti mesra rakyat & kerajaan prihatin anjuran kerajaan negeri. Bagi menjalankan tanggungjawab ini Bahagian ini digerakkan oleh satu (1) unit kecil iaitu :-
1. Unit Pembangunan Sosial > Bahagian Kesetiausahaan & PerundanganBahagian ini dibawah Sektor Perkhidmatan Korporat bertanggungjawab secara langsung untuk menyediakan khidmat nasihat & Kesetiausahaan kepada PKPS dan Anak-Anak Syarikat. Mengendali dan menguruskan aspek-aspek yang berhubungkait dengan perundangan PKPS dan Anak-Anak Syarikat.
Bagi menjalankan tanggungjawab ini Bahagian ini digerakkan oleh dua (2) unit kecil iaitu :- 1. Unit Khidmat Kesetiausahaan 2. Unit Perundangan > Bahagian Perancangan PerniagaanBahagian ini dibawah Sektor Pembangunan Perniagaan bertanggungjawab menyediakan perancangan & cadangan mengenai bidang-bidang yang diceburi secara sistematik & komprehensif untuk kumpulan PKPS.
Bagi menjalankan tanggungjawab ini bahagian ini digerakkan oleh tiga (3) unit kecil iaitu :- 1. Unit Perancangan & Perniagaan 2. Unit Pelaksanaan & Penilaian 3. Unit Pelaburan > Bahagian Pemasaran, Penyelidikan & PembangunanBahagian ini dibawah Sektor Pembangunan Perniagaan bertanggungjawab menyediakan perancangan, pemasaran, penyelidikan & pembangunan, promosi serta pangkalan data untuk kumpulan PKPS.
Bagi menjalankan tanggungjawab ini bahagian ini digerakkan oleh dua (2) unit kecil iaitu :- 1. Unit Penyelidikan & Pembangunan 2. Unit Pemasaran > Bahagian Kawalan Operasi SyarikatBahagian ini dibawah Sektor Pembangunan Perniagaan bertanggungjawab mengawal & menyelaras aktiviti pelaburan anak-anak syarikat Kumpulan Perbadanan iaitu Syarikat Milik Penuh, Syarikat Majoriti dan Syarikat Minoriti.
|













Mengenai PKPS


