top
logo

Promo PKPS Di:


Home Mengenai PKPS
Sektor Industri PKPS PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 15 Januari 2009 11:50

Sektor Perdagangan dan Pemasaran

Perbadanan melalui PKPS Agro Industries Sdn Bhd, bertindak sebagai sayap perdagangan PKPS dalam memasarkan produk-produk pertanian PKPS melalui projek-projek yang dilaksanakan dibawahnya. Pasar Borong Selangor yang terletak di Seri Kembangan, Puchong, selangor Darul Ehsan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan berperanan sebagai sebuah tempat memasarkan produk pertanian pengusaha tempatan.Di samping itu juga, Pasar Borong Selangor membantu memajukan kawasan berkenaan yang sedang berkembang pesat sebagai sebuah penempatan baru dan berkepadatan tinggi.
 
Projek kilang Selangor fruits Salad pula bakal menjadikan PKPS Agro sebagai pembekal salad buah-buahan segar bermutu tinggi melalui kerjasama yang dijalinkan dengan rakan perniagaan Dubai, UAE.

Sektor Perladangan Komersil

Pelaburan terbesar PKPS dalam memastikan perladangan sentiasa berdaya maju dan mampu memberikan keuntungan. Pelaburan yang dibuat adalah berdasarkan komoditi-komoditi utama seperti kelapa sawit dan buah-buahan.Diusahakan oleh anak syarikat berikut:-

-Selangor Oil Palm Industries Corporation Sdn Bhd
-Jelutong Jati Sdn Bhd
-Editas Properties Sdn Bhd

Sektor Perkilangan dan Pemprosesan Makanan Halal

Pelaburan perbadanan dalam sektor ini merupakan salah satu aktiviti hiliran terutamanya dalam mencapai keuntungan tambahan melalui pengeluaran utama Perbadanan.
 
Polens (M) Sdn Bhd adalah syarikat yang menceburi industri pemprosesan makanan halal berasaskan madu dan herba bergerak aktif dalam membantu memasarkan produk-produk kesihatan.Di samping itu juga ia membantu dari segi pemasaran dan penjenamaan produk.

MAIS Food Industries Sdn Bhd pula berperanan dalam membekal dan memasarkan produk halal dan barangan keperluan pengguna.Ia juga menjadi pembekal kepada barangan makanan untuk peserta bantuan kemiskinan Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Sektor Penghutanan Semula

Projek Penghutanan semula dilaksanakan dengan cara menanam pokok jati dan pokok sentang di kawasan Hutan Simpan Rantau Panjang dan Bukit Tarik. Projek ini  dijalankan secara usahasama dengan Syarikat  MEGAFORES NURSERY
SDN BHD.

Sektor Penternakan dan Akuakultur

Sektor penternakan diusahakan oleh syarikat usahasama PKPS iaitu UNITED FALCON SDN BHD yang menjalankan tumpuan penternakan lembu dan kambing dari baka tempatan dan import secara fidlot.Ia juga menguruskan Rumah Sembelih PKPS di Berjuntai Bistari, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. PKPS FARM MART SDN BHD pula menjalankan aktiviti penternakan ikan tilapia merah secara komersial di kawasan seluas 110 ekar di Rawang, Selangor Darul Ehsan dengan jenama produk terkenalnya 'Cherifish'.
Pengeluaran benih ikan air tawar bermutu tinggi serta membekalkan khidmat latihan kepada usahawan-usahawan yang berminat dalam industri ternakan ikan air tawar dipelopori oleh PKPS BUKIT TINGGI SDN BHD. Ia mempunyai kawasan kolam yang luas dan kemudahan menjalankan penyelidikan dan pusat latihan dibantu dengan tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran pembenihan ikan berteknologi tinggi.

Sektor Agro Pelancongan

PKPS menawarkan Selangor Tropical fruits Garden sebagai destinasi agro pelancongan terbaru di Negeri Selangor Darul Ehsan.Ditanam dengan pelbagai jenis buah-buah tropika serta dalam proses mengumpulkan hampir 2000 tanaman buah-buahan tropika di dunia, taman ini merupakan sebuah muzium pengumpulan yang terbesar.
 
Dengan berkonsepkan agro pelancongan, nilai komesil, pendidikan serta pemuliharaan pokok-pokok nadir ianya pasti memberikan  ketenangan pengunjungnya dari kesibukan kota.Terletak bersebelahan Selangor Fruits Valley serta beberapa projek sampingan pertanian PKPS ianya sentiasa menjadi tarikan kepada setiap pengunjung.
 

bottom

Dijanakan oleh TT Ehsan Sdn Bhd. Designed by: Joomla Template, e-mail. Valid and .