top
logo

Promo PKPS Di:


Home Mengenai PKPS
Misi PKPS PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 15 Januari 2009 11:46

Membentuk sebuah organisasi korporat yang teguh, dinamik dan berdaya maju dengan menjalankan projek-projek pertanian komersil bagi tujuan mendapatkan pulangan maksima.

Menggalakkan pembangunan pertanian di Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam usaha mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat melalui sektor pertanian.

Berlandaskan wawasan negara untuk mencapai taraf negara maju, PKPS sedang menggerakkan industri tani kepada gagasan yang lebih komersil, berteknologi dan global. PKPS sedang mengubah haluan dalam industri pertanian seiring dengan kepesatan ekonomi moden dan berteknologi tinggi selaras dengan pencapaian negeri Selangor sebagai Negeri Maju 2005.

Sebagai agensi utama kepada pembangunan industri pertanian Negeri Selangor, PKPS mempunyai anak-anak syarikat yang kini proaktif dalam pelbagai sektor pertanian seperti perladangan, penternakan, perkilangan, pemprosesan dan seni taman  untuk kemajuan Negeri Selangor Darul Ehsan.

PKPS, demi wawasan dan masa depan sedang mempergiatkan usahanya untuk terus menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi di Negeri Selangor Darul Ehsan, melalui penglibatan yang aktif dalam pelbagai sektor pertanian dan industri-industri berasaskannya.

 

bottom

Dijanakan oleh TT Ehsan Sdn Bhd. Designed by: Joomla Template, e-mail. Valid and .