top
logo

Promo PKPS Di:


feed-image Feed Entries
Home Info
Info
Iklan:Lot Untuk Disewa Di PKPS PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 06 Mei 2009 10:53




 
PUSAT LATIHAN AKUAKULTUR SELANGOR (P.L.A.S.) PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Ahad, 18 Januari 2009 23:21

BENGKEL PEMBENIHAN, PENTERNAKAN DAN PENGURUSAN KOLAM IKAN AIR TAWAR (KELI, TILAPIA, PATIN, BAUNG, PUYU DLL)

Bengkel ini dianjurkan bersama oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dan anaksyarikatnya PKPS Bukit Tinggi Fishfarm Sdn. Bhd. (278923-K) bagi mendidik dan membimbing usahawan yang berminat menceburi ternakan ikan air tawar secara komersil.  Bengkel ini memberikan pendedahan secara teori dan amali berkenaan teknik-teknik pembenihan, penternakan dan pengurusan kolam ikan air tawar melalui kaedah teknologi terkini. Bengkel ini dikendalikan oleh tenaga pengajar professional yang berpengalaman luas  dalam suasana persekitaran sebenar di pusat penetasan dan kolam ternakan yang terletak di Rawang, Selangor. Bayaran penyertaan adalah RM 580.00 bagi setiap peserta untuk modul selama 4 hari 3 malam termasuk penginapan dan makanan.

SIAPA LAYAK HADIR?
  • Usahawan Ternakan
  • Bakal Usahawan
  • Penjawat Kerajaan/swasta
  • Persatuan/Koperasi/Syk
MODUL
  • Teknologi Pembenihan
  • Pengurusan Kolam
  • Teknik-teknik ternakan
  • Penuaian dan Pemasaran
  • Latihan dan Amali
  • Peluang Perniagaan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

PKPS Bukit Tinggi Fishfarm Sdn. Bhd.

Floor 8-11, Wisma PKPS,

Persiaran Perbandaran,

40675 Shah Alam,

Selangor D. Ehsan.

Tel : 603-55192621/2/3

Fax: 603-55191481

http: www.pkps.gov.my

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Atau Sila Hubungi:

019 223 7735 (Mohd. Azmi)
016 621 4433 (Nordin Razak)
019 213 9283 (Steven Lai)

 

 
Kemudahan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Ahad, 18 Januari 2009 03:13

 
Struktur Organisasi PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 16 Januari 2009 05:14

 
Pengurusan harian PKPS dikendalikan oleh Pengurus Besar Kumpulan PKPS dan dibantu oleh Pegawai Peringkat Pengurusan Tertinggi yang diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan  dibawah sektor Pembangunan Perniagaan dan diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan dibawah sektor Perkhidmatan Korporat serta dibantu oleh sekumpulan  pengurusan kanan yang mengetuai bahagian-bahagian iaitu bahagian Pentadbiran, Komunikasi & Perhubungan Awam, Bahagian Kewangan,  Bahagian Kesetiausahaan & Perundangan, Bahagian Ameniti Sosial, Bahagian Perancangan Perniagaan, Bahagian Kawalan Operasi Syarikat, Bahgaian Pemasaran, Penyelidikan & Pembangunan, Bahagian Audit Dalam dan Bahagian Unit Hartanah.
 
 
Secara ringkas fungsi-fungsi setiap Bahagian / Jabatan di PKPS adalah seperti berikut:-
   
   

 > Bahagian Pentadbiran , Komunikasi & Perhubungan Awam

Bahagian ini dibawah sektor Perkhidmatan Korporat bertanggungjawab secara terus di dalam hal ehwal mengurus dan mengawal keseluruhan perjalanan sistem pentadbiran pejabat, pembelian, perolehan, perjawatan & perkhidmatan,latihan  dan hal-hal berkaitan percetakan.

Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Bahagian Pentadbiran Perhubungan Awam, Komunikasi & Sumber Manusia digerakkan oleh tiga  (3) unit kecil:-
   
    1.    Unit Pentadbiran & Sumber Manusia
    2.    Unit Teknologi Maklumat
    2.    Unit Komunikasi
   

 > Bahagian Kewangan

Bahagian ini dibawah sektor Perkhidmatan Korporat bertanggungjawab secara terus di dalam hal ehwal pengurusan kewangan PKPS dan Anak syarikat iaitu melibatkan penyediaan akaun bulanan, menyedia dan membuat kawalan kewangan, serta bertanggungjawab di dalam menguruskan dan mencari sumber-sumber kewangan untuk pembiayaan projek dan pelaburan.
   
Di samping itu bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan dan menyelaras Anggaran Belanjawan Tahunan PKPS dan Anak-Anak Syarikat. 
   
Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Bahagian Kewangan digerakkan oleh dua (2)  unit kecil:-
   
    1.        Unit Perakaunan
    2.        Unit Belanjawan & Kawalan Kewangan
   
   

> Bahagian Ameniti Sosial

Bahagian ini dibawah sektor Perkhidmatan Korporat bertanggungjawab mengurus & menyelaras aktiviti pembangunan sosial & luar bandar bagi menyokong aktiviti mesra rakyat & kerajaan prihatin anjuran kerajaan negeri. Bagi menjalankan tanggungjawab ini Bahagian ini digerakkan oleh satu (1) unit kecil iaitu :-

    1.        Unit Pembangunan Sosial
   

> Bahagian Kesetiausahaan & Perundangan

Bahagian ini dibawah Sektor Perkhidmatan Korporat bertanggungjawab secara langsung untuk menyediakan khidmat nasihat & Kesetiausahaan kepada PKPS dan Anak-Anak Syarikat.  Mengendali dan menguruskan aspek-aspek yang berhubungkait dengan perundangan PKPS dan Anak-Anak Syarikat. 

Bagi menjalankan tanggungjawab ini Bahagian ini digerakkan oleh dua (2) unit kecil iaitu :-
   
1.    Unit Khidmat Kesetiausahaan

2.    Unit Perundangan

   

 > Bahagian Perancangan Perniagaan

Bahagian ini dibawah Sektor Pembangunan Perniagaan bertanggungjawab menyediakan perancangan & cadangan mengenai bidang-bidang yang diceburi secara sistematik & komprehensif untuk kumpulan PKPS.

Bagi menjalankan tanggungjawab ini bahagian ini digerakkan oleh tiga (3) unit kecil iaitu :-

    1.  Unit Perancangan & Perniagaan
    2.  Unit Pelaksanaan & Penilaian
    3.  Unit Pelaburan
   

> Bahagian Pemasaran, Penyelidikan & Pembangunan

Bahagian ini dibawah Sektor Pembangunan Perniagaan bertanggungjawab menyediakan perancangan, pemasaran, penyelidikan & pembangunan, promosi serta pangkalan data untuk kumpulan PKPS.

Bagi menjalankan tanggungjawab ini bahagian ini digerakkan oleh dua  (2) unit kecil iaitu :-

    1.  Unit Penyelidikan & Pembangunan
    2.  Unit Pemasaran
   

> Bahagian Kawalan Operasi Syarikat

Bahagian ini dibawah Sektor Pembangunan Perniagaan bertanggungjawab mengawal & menyelaras aktiviti pelaburan anak-anak syarikat Kumpulan Perbadanan iaitu Syarikat Milik Penuh, Syarikat Majoriti dan Syarikat Minoriti.

   
 > Bahagian Audit Dalam

Bahagian ini bertanggungjawab secara terus kepada Pengurus Besar Kumpulan di dalam melaksanakan pemeriksaan secara bebas dan objektif bagi memperbaiki operasi organisasi, memperbaiki kecekapan pengurusan risiko dan kawalan proses tadbir urus dan digerakkan oleh dua seksyen iaitu Seksyen Audit Kewangan dan Seksyen Audit Pengurusan.
 

  > Bahagian Unit Hartanah

Bahagian ini bertanggungjawab secara terus kepada Pengurus Besar Kumpulan di dalam menyelaras aktiviti pengurusan hartanah Kumpulan Perbadanan.
      
 
Anak Syarikat PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 16 Januari 2009 00:13

Anak-anak Syarikat PKPS

Selangor OIL Palm Industries Corporation Sdn Bhd

Wisma PKPS, Presint 3.2,Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 5631 8172 Faks: 603 5631 8176


Polens (M) Sdn Bhd

No 1, Jalan Saham 23/2, Kawasan MIEL,
Fasa 8,Seksyen 23,
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 5541 1822/5549 1326/5549 1150
Faks: 603 5541 1923
Web: www.polens.com.my

PKPS Agro Industries Sdn Bhd

Kompleks Pasar Borong Selangor,
Lot 49053, Jalan Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,Selangor
Tel: 603 8942 8004 Faks: 603 5541 1004


PKPS Bukit Tinggi Fishfarm Sdn Bhd

Wisma PKPS, Presint 3.2,Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 5519 2621/2/3 Faks: 603 5519 1481

Jelutong Jati Sdn Bhd

Wisma PKPS, Presint 3.2,Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 5519 2621/2/3 Faks: 5519 1481

Editas Properties Sdn Bhd

Lot 2, Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji
Peti surat 44, Pejabat Pos Gua Musang
18300 Gua Musang,Kelantan Darul Naim
Tel: 09 912 4375 Faks: 09 912 4375

Syarikat Bersekutu

MEGAFORES NURSERY SDN BHD

Wisma PKPS, Presint 3.2,Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 5519 2621/2/3 Faks: 603 5519 1481

PKPS FARM MART SDN BHD

Wisma PKPS, Presint 3.2,Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 5519 2621/2/3 Faks: 603 5519 1481

UNITED FALCON SDN BHD

Wisma PKPS, Presint 3.2,Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 5519 2621/2/3 Faks: 603 5519 1481
 
« MulaSblm12SeterusnyaTamat »

Muka 1 daripada 2

bottom

Dijanakan oleh TT Ehsan Sdn Bhd. Designed by: Joomla Template, e-mail. Valid and .